Cari @ Amanz

Imej Latar Belakang Membosankan?Hasilkan Mahakarya Sendiri Gabungan Samsung Galaxy S21 Ultra 5G & S Pen

Link Copied!

Suatu ketika dahulu logo operator syarikat telekomunikasi perlu dimuat turun dengan sistem berbayar. Mereka yang pernah memiliki telefon mudah alih pada tahun awal 2000an pasti mempunyai memori menghabiskan kredit telefon semata-mata untuk mempunyai logo unik bagi mengkustomasi peranti yang dimiliki. Zaman sudah berubah dengan telefon mudah alih digantikan dengan telefon pintar. Tetapi satu perkara yang konsisten sejak dua dekad yang lalu ialah setiap pengguna masih ingin melakukan kustomasi pada peranti yang dimiliki

Bagi pengguna telefon pintar di tahun 2021, terdapat pelbagai pilihan mengubah tema dan imej latar belakang peranti. Namun begitu sekiranya anda cukup kreatif atau seperti saya sedikit risau data peribadi digunakan oleh aplikasi ‘percuma’, Samsung Galaxy S21 Ultra 5G menawarkan penyelesaian unik kepada dua perkara ini.

Kombinasi kamera yang adalah antara yang terbaik pada telefon pintar tahun ini dan sokongan S-Pen membebaskan anda bukan sahaja dari belenggu imej latar belakang yang membosankan tetapi memberikan platform untuk menyerlahkan kekreatifan yang terkunci di dalam diri selama ini.

Sistem Kamera Yang Terbaik Dalam Kelas

Bukan lagi misteri bahawa sistem kamera pada Samsung Galaxy S21 Ultra 5G adalah yang paling lengkap, terbaik dan berkuasa di pasaran sekarang seperti yang telah kami ulas. Ia hadir dengan sensor utama 108MP yang menawarkan gambar yang tajam serta terang dalam mod malam, sensor 10MP dengan zum teleskop sehingga 100X, sensor 10MP dengan zum optikal 3X dan sensor 12MP untuk sudut ultra lebar. Keperluan fotografi anda tidak akan dikecewakan oleh sistem kamera Galaxy S21 Ultra 5G. Limitasi hanyalah terletak pada imaginasi dan subjek yang ada di depan mata.

Selepas gambar diambil, aplikasi Gallery boleh digunakan untuk menyuntingnya sehingga menghasilkan imej latak belakang buatan yang boleh mencerminkan identiti pengguna.

Guna Gambar Untuk Imej Latar Belakang Begerak

Selepas gambar diambil. Gunakan aplikasi Gallery untuk melakukan suntingan bagi menghasilkan imej latar belakang yang lebih menyerlahkan imej peribadi. Dengan S-Pen proses melakukan lakaran dan suntingan yan lebih jitu mampu dilakukan.

  1. Pergi ke aplikasi Gallery
  2. Pilih gambar yang ingin dijadikan asas imej latar belakang.
  3. Pilih ikon pensel di bawah skrin. Ini ialah butang untuk melakukan suntingan gambar.
  4. Pilih ikon pensel sekali lagi pada menu di bawah skrin.
  5. Pilih pula ikon melukis yang terletak paling kiri pada menu.
  6. Pilih pula alat yang ingin digunakan seperti pensel, pena, berus, dan banyak lagi.
  7. Gunakan S Pen untuk melakukan lakaran terus pada skrin.
  8. Simpan imej dan kemudian pilih ia untuk menjadi imej latar belakang.

Guna Video Untuk Imej Latar Belakang Begerak

Selain gambar, video sehingga resolusi 8K juga boleh dirakam oleh kamera peranti. Mungkin ramai tidak menyedari tetapi video yang dirakam pada Galaxy S21 Ultra 5G sebenarnya boleh digunakan sebagai imej latar belakang bergerak pada skrin kunci (lock screen). Caranya cukup mudah.

  1. Pergi ke aplikasi Gallery
  2. Pilih Video yang ingin dijadikan imej latar belakang bergerak pada skrin kunci.
  3. Sunting panjang yang ingin digunakan sehingga 15 saat.
  4. Tekan Set on Lockscreen.

Ini adalah hanya sebahagian kecil kemampuan Samsung Galaxy S21 Ultra 5G apabila dipadankan dengan S Pen di tangan anda. Kekreatifan yang mungkin selama ini terpendam akan dapat dibebaskan dengan kombinasi peranti yang berkuasa dan S Pen yang terbaik untuk telefon pintar di pasaran sekarang.

Serlahkan kreativiti anda : Beli Samsung Galaxy S21 Ultra 5G dan juga S Pen

Penafian: Advertorial Dari Samsung Malaysia


Komen ()