Cari @ Amanz

Sudah lama HTC tidak melancarkan tablet kerana untuk sekian lama pasarannya mengecil tahun demi tahun. Adalah agak menyedihkan kerana pernah suatu ketika HTC mengeluarkan tablet Nexus. Bulan lalu tablet misteri dari HTC muncul dalam konsol Google. Minggu ini HTC A100 akhirnya telah dilancarkan di Rusia.

Tablet dilengkapi skrin 10.1″ IPS LCD dengan resolusi FHD, dijana cip UNISOC Tiger T618, memori 8GB RAM, storan 128GB, kamera utama 13+2 MP, kamera swafoto 5MP dan bateri sebesar 7000 mAh. Peranti ini turut hadir dengan sepasang speaker stereo.

Selain itu sokongan kad mikro SD sehingga 256GB, pengecasan menerusi port USB-C dan bicu audio 3.5mm juga disertakan sekali. Di Rusia, HTC A100 yang menggunakan Android 11 dijual pada harga 19,990 Rubles (~RM1137) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd