Bulan lepas, Samsung Galaxy S21 FE telah disenaraikan di laman pembangun Google Play – Google Play Console yang mana memberi petanda pelancaran sudah semakin hampir. Siri Galaxy FE adalah peranti mercu Samsung mampu milik berasaskan Galaxy S21 yang dilancarkan awal tahun ini.

Bulan lalu, model yang tersenarai adalah model yang dijana dengan cip Snapdragon 888. Terkini, satu lagi model telah disenaraikan menjadikan tahun ini mungkin Samsung akan menawarkan dua pilihan S21 FE 5G. Model terkini hadir dengan nombor model r9s yang dilihat dijana dengan cip pemprosesan Exynos 2100.
Memori kekal sama, iaitu 8GB RAM dengan skrin FHD+ berresolusi 1080 x 2009. Ia juga disenaraikan masih lagi menjalankan Android 11, tetapi tiada informasi One UI versi mana. Mungkin One UI 3.1.1.

Cip ini juga disenaraikan menggunakan 1x ARM Cortex-A78 (3000 Mhz), 3x ARM Cortex-A78 (2808 Mhz) dan 4x ARM Cortex-A55 (2210 Mhz). Jika kedua-dua model 4G dan 5G S20 FE dijana dengan Snapdragon 865 dijual di Malaysia, bagaimana pula dengan Samsung Galaxy S21 FE 5G ini?
Sama-sama kita nantikan.