Sennheiser CX Plus Menawarkan ANC dan Bateri 24 Jam Pada Harga Mampu Milik

Diterbitkan pada Sep 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sennheiser ialah jenama yang lebih sinonim dengan aksesori audio yang premium. Sebagai contoh Sennheiser QC35 mereka menjadi standard untuk fon kepala dengan pembatalan hingar aktif (ANC). Hari ini mereka melancarkan Sennheiser CX Plus yang merupakan sepasang fon telinga TWS dengan pembatalan hingar aktif tetapi pada harga lebih mampu milik.

CX Plus dilengkapi pemandu audio sebesar 7mm dengan rekaan dalam telinga. Terdapat pad sesentuh pada sisi untuk mengawal muzik yang sedang didengari. Ia turut melepasi piawaian kalis air IPX4 bagi membolehkan ia digunakan ketika bersenam. Selain sokongan ANC, CX Plus juga menyokong mod tembus untuk mendengar bunyi luar apabila diperlukan.

Codec yang disokong ialah SBC, AAC, aptx dan, aptX Adapative. Dari segi kemampuan bateri pula CX Plus boleh bertahan sehingga 24 jam dengan bantuan pod pengecas. Pada waktu yang sama sama pengecasan semula mengambil masa 90 minit menggunakan port USB-C. Sennheiser CX Plus akan mula dijual pada penghujung bulan ini pada harga $180 (~RM746) .

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami