Samsung Galaxy M22 Dilancarkan – Hanya A22 Versi LTE Yang DIjenamakan Semula Dengan 4GB RAM

Diterbitkan pada Sep 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy A22 5G dan A22 4G adalah dua peranti kelas asas “premium” terbaru daripada Samsung. Ia hadir dengan cip Dimensity 700 pada versi 5G dan Helio G80 pada versi 4G.

Terkini Samsung telah memperkenalkan pula Galaxy M22 untuk pasaran Denmark. Ia dilihat adalah sebuah Galaxy A22 4G yang dijenamakan semula, dengan sedikit perubahan. Skrin Super AMOLED HD+ bersaiz 6.4-inci dengan sokongan kadar segar semula 90Hz dikekalkan, begitu juga dengan cip Helio G80.

Tetapi pada memori, ia hanya menggunakan 4GB RAM berbanding 6GB RAM. Kamera juga sama iaitu konfigurasi kuad-kamera 48MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro) bersama dengan kamera swafoto 13MP.

Pada bateri, saiz besar 5000mAh masih digunakan tetapi kuasa pengecasan dinaiktaraf kepada 25W berbanding 15W. Perbezaan lain di antara A22 dan M22 adalah rekaan panel belakang yang ada tekstur bergaris, memberikan sedikit keunikan. Pilihan warna adalah biru, putih dan hitam.

Harga jualan masih tidak didedahkan, tetapi petunjuk daripada pelan pembayaran yang ditawarkan ia mungkin dijual pada harga €499, iaitu sekitar RM2450. Harga jualan di benua Eropah sememangnya mahal kerana cukai yang tinggi, berbanding di Malaysia Galaxy A22 4G yang dijual pada harga hanya RM899.

Samsung dilihat turut semakin aktif dalam penjenamaan semula peranti ke negara lain, mengikut strategi yang dilakukan oleh Vivo, Xiaomi, Realme dan pengeluar peranti China lain.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami