Carian
Fon Telinga Infinix XE 20 Dan XE 25 Dilancarkan Secara Rasmi
September 14, 2021 Amy Maizuraa

Seiring pengenalan siri Infinix Zero X, jenama ini turut mengumumkan penawaran dua fon telinga nirwayar – iaitu Infinix XE25 Earbuds dan Infinix XE20 Earbuds. Kedua-duanya menampilkan sisi berbeza pada setiap rekaan fizikal.

Di mana, Infinix XE20 Earbuds adalah dari jenis terbuka dengan rekaan badan bertangkai panjang dan pod pengecas berbentuk bujur. Manakala, Infinix XE25 Earbuds pula menampilkan gabungan rekaan fon jenis dalam telinga bertangkai dan putik silikon bersama pod pengecas berbentuk segi empat yang mempunyai sokongan lampu LED.

Untuk spesifikasi khusus, sepasang pemandu audio bersaiz 10mm dengan sokongan codec SBC, AAC dan kawalan sentuhan digunakan pada Infinix XE20 Earbuds. Namun begitu, ia tidak pula disertakan dengan sebarang teknologi pembatalan hingar.

Seterusnya, ia juga dilengkapi mod latensi rendah 60ms untuk pengalaman penggunaan lebih baik. Bukan itu sahaja, ia turut sama mempunyai sokongan kalis air IPX4, dilengkapi bluetooth 5.0 dan mampu beroperasi mencecah 30 jam dengan bantuan pod pengecas.

Bercakap mengenai Infinix XE25 Earbuds pula, ia hadir dengan sokongan kalis air IPX4, dilengkapi bluetooth 5.0 dan mampu beroperasi mencecah 100 jam lamanya dengan bantuan pod pengecas. Di samping itu, ia juga dilengkapi sistem dilengkapi sistem pembatalan hingar elektronik (ENC) dan mod latensi rendah 60ms untuk pengalaman penggunaan lebih baik.

Tidak ketinggalan, ia juga menggunakan pemandu audio bersaiz 10mm dan ia turut menampilkan sokongan lampu LED pada pod pengecas untuk pemberitahuan baki bateri fon telinga. Spesifikasi lain termasuk – sokongan codec SBC, AAC, kawalan sentuhan, port sambungan USB-C, sambungan pantas menerusi ciri Rapid Pairing serta Flash Connect dan lain-lain.

Sumber : Infinix XE20, Infinix XE25

Komen