Cari @ Amanz

Xiaomi 11 Lite 5G NE Turut Dilancarkan Dengan Snapdragon 778G

Link Copied!

Selaian siri Xiaomi 11T, Xiaomi 11 Lite 5G NE turut dilancarkan secara rasmi hari ini. Peranti merupakan model kemas kini untuk Xiaomi Mi 11 Lite 4G yang dilancarkan pada bulan Mac yang lalu. Perubahan nampaknya hanya dilakukan pada cip pemproses yang digunakan dengan Snapdragon 778G menggantikan Snapdragon 732G.

Peranti dilengkapi skrin sebesar 6.55-inci FHD+ AMOLED 90Hz, dijana cip Snapdragon 778G, memori sehingga 8GB RAM LPDDR4X, storan sehingga 256GB UFS 2.2 dan bateri sebesar 4250 mAh. Bateri yang hanya sederhana besa rini boleh dicas semula dengan pengecas 33W menerusi port USB-C. Pengecas ini disertakan di dalam kotak.

Kamera utama terdiri daripada 64MP f/1.79 sudut lebar, 8MP f/2.2 sudut ultra lebar dan 5MP f/2.4 telemakro dengan kamera swafoto pula sebesar 20MP. Bonggol kamera tidak begitu tinggi dengan panel belakang pula diperbuat daripada plastik. Ciri lain yang disertakan ialah pembesar suara stereo, sokongan HDR10 dan pemancar infra merah untuk kawalan jauh.

Xiaomi 11 Lite 5G NE ditawarkan pada harga bermula EUR 369 (~RM1,814) dalam warna Truffle Black, Bubblegum Blue, Peach Pink dan Snowflake White.


Komen ()