Cari @ Amanz

Astro Melancarkan 13 Saluran Baharu Sebagai Ganti Kepada Saluran FOX Bermula Hari Ini

Link Copied!

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Astro akan mula menggantikan saluran-saluran FOX yang ditawarkan sebelum ini dengan saluran baharu. Astro telahpun berkongsi senarai lengkap 13 saluran baharu yang akan mula ditawarkan kepada pelanggan sebagai gantian. Dari 13 saluran ini – 11 adalah saluran biasa yang akan ditawarkan mengikut pakej dan 2 lagi adalah saluran berbayar On Demand.

Bermula hari ini saluran HBO Family, HBO Hits, SHOWCASE MOVIES, BBC Lifestyle, BBC Earth,
Paramount Network, Lifetime dan PRIMEtime akan mula ditawarkan. Sementara itu bermula 1 Oktober saluran Astro Arena 2, Astro SuperSport 5 dan SPOTV pula akan ke udara. Kemudian pada pertengahan Oktober gilaran saluran On Damnd BBC First dan BBC Brit pula ke udara.

Pada waktu yang sama, bermula 30 September saluran-saluran FOX, FOX Life, FX, FOX Movies, FOX Action Movies, FOX Family Movies, FOX Sports, FOX Sports 2, FOX Sports 3, dan Nat Geo People tidak lagi akan ditawarkan. Kandungan yang ditawarkan oleh FOX selama ini akan boleh diakses menerusi perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar yang juga kini termasuk dalam langganan Astro Movie Pack.


Komen ()