Microsoft Office 2021 Akan Ditawarkan Mulai 5 Oktober 2021

Diterbitkan pada Sep 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft Office merupakan salah satu perisian memfokuskan produktiviti yang sangat popular dan digunakan ramai di dunia. Terbaru, Microsoft telah mengumumkan penawaran Office LTSC untuk pengguna perusahaan dan kerajaan bermula daripada hari ni.

Selari dengannya juga, Microsoft mengumumkan penawaran Office 2021 untuk pengguna umum bermula daripada 5 Oktober 2021 kelak.

Untuk makluman, Office 2021 hadir dengan lesen pembelian sekali, dan sokongan selama 5 tahun. Ia adalah alternatif untuk Microsoft 365 yang ditawarkan dalam bentuk langganan, dan sesuai untuk mereka yang hanya ingin membeli sekali, dan menggunakannya.

Tarikh 5 Oktober 2021 dilihat adalah tarikh sama pengenalan Windows 11 baharu akan datang kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami