Cari @ Amanz

Selama OPPO Find X3 Pro Photographer’s Edition telah dilancarkan secara rasmi selepas diacah sendiri oleh Oppo. Seperti yang kami telah laporkan sebelum ini, model ini sekadar diberikan kemasan baharu diperbuat daripada kulit dan panel belakang diperbuat daripada logam menggantikan kaca. Ia juga menjadi peranti pertama menggunakan pelancar ColorOS12 tetapi masih berasaskan Android 11.

Tidak perubahan dilakukan pada spesifikasi dengan mengekalkan skrin 6.7-inci AMOLED WQHD+ 120Hz adaftif. Seterusnya, cip Snapdragon 888, memori 12GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 65W.

Di samping itu, ia juga disertakan dengan sokongan kamera yang unik pada bahagian belakang. Melaluinya, ia menempatkan kamera lensa lebar 50MP, lensa ultra sudut lebar 50MP, telefoto 13MP dan mikro 3MP. Sementara itu, kamera swafoto pula sebesar 32-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pelindungan IP68, antaramuka ColorOS 11.2 berasaskan Android 11, pengimbas cap jari pada skrin dan banyak lagi.

Ciri menarik pada OPPO Find X3 Pro Photographer’s Edition ialah beberapa penuras khas yang direka khusu untuk peminat fotografi. Pembeli peranti turut akan menerima storan awanan 1TB dan keahlian NOMO CAM percuma selama setahun. Di China OPPO Find X3 Pro Photographer’s Edition ditawarkan pada harga RMB 6499 (~RM4199) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd