Cari @ Amanz

Speedtest kini telah mengemaskini data terbaru berkaitan angka muat-turun, sekaligus memperlihatkan yang mana pengguna Malaysia menikmati kadar muat-turun purata sekitar 29.14Mbps pada bulan Ogos 2021 yang lepas.

Ia memperlihatkan peningkatan sedikit berbanding bulan Julai lepas, yang mana ketika itu kelajuan muat-turun adalah sekitar 28Mbps.

Kadar muat-naik purata pada tempoh sama adalah sekitar 10.87Mbps, dan kadar pendam sekitar 33ms.

Walaupun kadar muat-turun meningkat berbanding bulan sebelumnya, namun untuk kedudukan diantara negara, Malaysia turun satu anak tangga untuk kelajuan muat-turun purata talian mudah-alih ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd