Di Malaysia wujud golongan antivaksin yang menolak pemberian vaksin yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa dari wabak Covid-19. Pelbagai alasan diberikan seperti status halal, tubuh mereka sihat dan makan ubat cacing kuda adalah lebih baik untuk kesihatan. Tetapi di Cuba kerajaan negara tersebut telah mula memberikan suntikan vaksin Covid-19 pada kanak-kanak berusia dua tahun dan ke atas.

Suntikan vaksin Soberana 2 yang dicipta sendiri oleh Cuba telah dimulakan minggu ini. Untuk pertahanan lengkap dua dos Soberana 2 diberikan kemudian diikuti pula oleh dos tambahan Soberana Plus. Menurut badan kesihatan Cuba, vaksin mempunyai tahap keberkesanan sehingga 91.2% tetapi ini adalah berdasarkan atas penerima dewasa dan bukan kanak-kanak.
Cuba mencipta vaksin sendiri kerana sekatan perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat memaksa mereka untuk bergantung sepenuhnya kepada kemampuan sendiri. Dengan pemberian vaksin ini, Cuba menjadi negara pertama memulakan program vaksinasi negara untuk kanak-kanak di dunia. Program dimulakan selepas berlaku peningkatan pesakit Covid-19 dari kalangan ini dengan 12 kematian dicatatkan sepanjang 2021.
Di Malaysia suntikan vaksin ke atas remaja berusia 12-17 tahun telah dimulakan di Sarawak sejak 8 September lalu. Suntikan adalah perlu bagi memastikan penyebaran wabak di sekolah tidak akan berlaku.
Sumber Miami Herald