Program Imunisasi Covid-19 Remaja Akan Dikembangkan Ke Kedah Bermula Esok

Diterbitkan pada Sep 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas program imunisasi Covid-19 remaja dimulakan di Sarawak pada 8 September lalu, ia akan dikembangkan ke negeri Kedah bermula esok. Ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam sidang media beliau hari ini.

Menurut beliau menerusi program ini, KKM menyasarkan kesemua 180,000 pelajar remaja di Kedah mendapatkan suntikan vaksinasi satu ataupun dua dos dalam masa sebelum. Beliau menegaskan bekalan vaksin negara pada waktu ini adalah mencukupi untuk menjayakan program ini. Vaksin bukan sahaja akan diberikan menerusi Pusat Pemberian Vaksin tetapi juga di sekolah.

Di Malaysia vaksin Comirnaty keluaran Pfizer akan diberikan kepada remaja berusia 16-17 dan remaja yang berisiko berusia antara 12-15 tahun. Sebelum ini Khairy berkata pemberian vaksin untuk remaja akan dikembangkan ke Labuan dan Lembah Klang selepas Sarawak. Tetapi dengan Kedah kini antara negeri dengan kadar jangkit perseribu tertinggi di Malaysia, keutamaan diberikan kepada negeri jelapang padi terlebih dahulu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami