Surface Pro 8 Dijangka Hadir Dengan Skrin 120Hz, SSD Yang Boleh Digantikan

Diterbitkan pada Sep 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Skrin pada kadar segar semula telah menjadi salah satu faktor jualan peranti sejak kebelakangan ini. Microsoft turut tidak ingin ketinggalan, dan dilihat akan menyertakan skrin pada kadar segar semula tinggi melalui Surface Pro 8 kelak.

Dijadualkan untuk diperkenalkan kelak pada minggu ini, beberapa info berkenaan dengan Surface Pro 8 kini tertiris ke arena web.

Surface Pro 8 dikatakan akan dijana cip intel Core Gen-11, selain menggunakan skrin 13-inci pada kadar segar semula 120Hz.

Surface Pro 8 turut akan hadir dengan dwi-Thunderbolt, selain sokongan SSD yang boleh digantikan. Ia turut dijangka akan menjalankan Windows 11 secara terbina.

Microsoft menjadualkan acara pengenalannya pada minggu ini, dimana kita akan melihat pengenalan Surface Pro 8 secara rasminya tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami