KLIA Menjadi Lapangan Terbang 5G Pertama Malaysia Menerusi Kerjasama MAHB dan Maxis

Diterbitkan pada Sep 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Fasa satu pengenalan rangkaian 5G di Malaysia akan bermula penghujung tahun ini. Walaupun sedikit terlambat berbanding beberapa negara jiran serantau, kita akan akhirnya dapat menikmati teknologi selular generasi terkini di berebapa kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya. Tetapi sebagai pintu masuk ke negara, KLIA kelak akan menjadi lapang terbang pertama di Malaysia dengan rangkaian 5G.

Malaysia Airports dan Maxis melakuakn kerjasama untuk menjadikan KLIA lapangan terbang digital 5G di Malaysia. Di bawah inisiatif pendigitalan Airport 4.0, Maxis akan menguruskan sistem WiFi dan 5G di KLIA yang digunakan bukan sahaja oleh penumpang tetapi juga penyewa di lapangan terbang ini. Selain itu sistem yang sama turut akan diperkenalkan di KLIA2 sekaligus membolehkan tetamu yang datang menikmati rangkaian Internet selular terpantas sejurus selepas menjejakkan kaki ke Malaysia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami