Tiada OnePlus 9T Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Sep 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menjadi kebiasaan untuk pihak OnePlus memperkenalkan dua variasi peranti mercu setiap tahun, dengan versi “T” menyusul pada pertengahan kedua sesuatu tahun. Namun, untuk tahun ini, perkara berkenaan tidak akan berlaku.

CEO OnePlus kini mengesahkan yang mana tiada peranti mercu lain untuk tahun ini, dan pengguna boleh nantikan peranti mercu baharu pada 2022 kelak. Peranti mercu baharu berkenaan akan menjalankan sistem operasi baharu yang mengabungkan OxygenOS dan juga ColorOS.

Sebelum ini, OnePlus telah memperkenalkan siri “T” sejak daripada 2016 – yang mana sering hadir dengan kemaskini pada spesifikasi dan penawaran.

Walaupun terdapat desas-desus berkaitan OnePlus 9 RT sebelum ini, ia mungkin tidak ditawarkan secara meluas, dan mungkin eksklusif untuk beberapa pasaran sahaja.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut OnePlus yang kini beroperasi bersama Oppo.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami