Sistem pembayaran dompet digital Google Pay telah wujud sejak 2015 dengan menggunakan nama Android Pay sebelum dijenamakan semula pada tahun 2018. Tahun demi tahun, pengguna Android di Malaysia menantikan ciri dompet digital terbina ini disokong oleh bank-bank utama di negara kita tetapi setakat ini Google Pay sekadar disokong oleh iPay88 sahaja.

Bagi pelanggan CIMB, anda akhirnya boleh menggunakan perkhidmatan perbankan anda menerusi Google Pay tetapi hanya di Singapura. Di negara jiran selatan ini juga, pengguna Google Pay turut boleh melakukan pemindahan wang pengguna-ke-pengguna. Ini menjadikan Singapura negara ketiga selepas Amerika Syarikat dan India yang menyokong ciri ini. Di rantau Asia Tenggara, Google Pay hanya disokong di Singapura sahaja setakat ini. Bila ia akan tiba di Malaysia hanya Google dan tuhan sahaja yang tahu segalanya.
Sumber Android Police