Kuo : iPhone SE Dengan Sokongan 5G Akan Hadir Pada Awal 2022

Diterbitkan pada Sep 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ming Chi-Kuo sedia berkongsi analisa dan ramalan berkaitan iPhone 14 sebelum ini. Pada masa yang sama, Kuo turut menekankan yang mana Apple akan memperkenalkan iPhone SE 5G pada awal 2022 kelak.

iPhone SE merupakan telefon pintar pada harga lebih mampu-milik, dan menawarkan ciri-ciri asas iPhone melaluinya. Kemaskini baharu ini akan menyertakan sokongan rangkaian 5G pada telefon pintar berkenaan.

Apple iPhone SE

Sekiranya Apple dapat mengekalkan harga jualan seperti iPhone SE hari ini, iaitu bermula RM1999, tidak mustahil untuk kita melihat ia menjadi antara telefon pintar 5G popular di pasaran.

Apa pun, sama-sama kita nantikan 2022 kelak untuk melihat apakah kejutan yang disediakan oleh Apple melalui iPhone SE.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami