Cari @ Amanz

Sebelum ini muncul ura-ura Samsung akan bekerjasama dengan Olympus bagi membangunkan teknologi kamera pada telefon pintar. Ia dilihat sebagai usaha Samsung dan Olympus bagi menandingi kerjasama Huawei Leica, Sony Zeiss dan OnePlus Hasselblad. Tetapi nampaknya ura-ura tidak akan menjadi kenyataan kerana ia sejak dari awal adalah berasaskan maklumat yang disalah tafsir.

Olympus

Menurut laporan PetaPixel, sumber dalaman dari Olympus mengesahkan tiada kerjasama dilakukan antara mereka dan Samsung. Sebaliknya kekeliruan berlaku kerana Samsung menggunakan nama kod Olympus untuk cip Exynos 2200 yang sedang dibangunkan bersama AMD. Oleh sebab itu ura-ura kerjasama dengan syarikat fotografi Olympus mula disebarkan.

Walaupun tidak pernah bekerjasama dengan mana-mana syarikat fotografi setakat ini, Samsung masih berjaya memberikan persaingan kepada Sony dalam pengeluaran sensor untuk peranti mudah alih. Pengenalan sensor 200MP ISOCELL HP1 baru-baru ini membuktikan mereka boleh mengeluarkan kelengkapan fotografi tersendiri yang kemudiannya digunakan oleh pengeluar peranti lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd