Realme Kini Pengeluar Telefon Pintar Keenam Terbesar Dunia

Diterbitkan pada Sep 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menurut laporan terkini yang dikeluarkan oleh Counterpoint Research semalam, Realme kini adalah pengeluar telefon pintar keenam terbesar di dunia. Ini adalah pencapaian yang boleh dibanggakan bagi sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2018 sebagai subjenama Oppo di India.

Dianggarkan Realme mengeluarkan 15 juta peranti pada suku kedua 2021 untuk mendapat tangga ke-enam di belakang Samsung, Xiaomi, Apple, Oppo dan Vivo. Peningkatan pengeluaran peranti tahun demi tahun oleh Realme mencapai 135.1% yang juga tertinggi di kalangan enam pengeluar terbesar.

Menarik untuk kami nyatakan sekiranya kesemua syarikat di bawah BBK Electronics digabungkan (Oppo, Vivo, Realme, OnePlus dan iQOO) mereka dengan selesa menjadi pengeluar peranti nombor satu dunia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami