Acara hari ini dimeriahkan lagi dengan promosi menarik untuk sejumlah barangan Xiaomi yang sedia ada. Di samping, siri televisyen pintar Mi TV P1 dan Mi TV Q1, jenama ini turut menawarkan diskaun hebat untuk beberapa mesin penyedut hampagas keluarannya. Sekaligus, ia membolehkan anda memilikinya pada harga lebih murah berbanding asal. Berikut adalah senarai lengkap untuk promosi daripada Xiaomi tersebut :
- Mi Robot Vacuum Mop-P – RM999
(RM1,399)(Promosi terhad 25 September) - Mi Robot Vacuum Mop – RM699 (
RM 999) (Promosi terhad 25 September) - Mi Robot Vacuum Mop Essential – RM499 (
RM 699) - Mi Vacuum Cleaner Light – RM299 (
RM429)

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan setiap satu daripadanya pada harga seperti di atas menerusi kedai atas talian rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee. Tetapi mesra diingatkan, ada di antara barangan tersenarai adalah promosi masa terhad untuk sehari sahaja. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya anda menyemak setiap satu daripadanya dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku.