Imej Pengolokan Samsung Galaxy S22 Ultra Tertiris Menunjukkan S Pen Terbina

Diterbitkan pada Sep 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semalam mula kedegaran ura-ura Samsung Galaxy S22 Ultra akan mengambil ciri Galaxy Note iaitu tempat simpanan S Pen terbina. Hari ini imej pengolokan peranti tertiris menerusi OnLeaks dan Digit mengesahkan kewujudan ciri ini.

Peranti kini mempunyai tubuh berkotak dan sisi dibulatkan seperti Note20 Ultra. Tempat simpanan S Pen diletakkan pada kiri tubuh sekali lagi kerana tiada ruang mencukupi pada bahagian kanan yang didominasi sistem kamera dengan bonggol yang cukup besar. Sekilas konfigurasi kamera pada Galaxy S22 Ultra ini mirip dengan yang digunakan pada Galaxy S21 Ultra tahun ini. Cuma kami kurang percaya bonggol yang digunakan dalam imej pengolokan ni adalah rekaan akhir.

Siri Samsung Galaxy S22 mungkin dilancarkan seawal Januari 2022 yang tinggal tidak berapa lama sahaja lagi. Sekiranya benar ciri S Pen terbina akan kini diberikan kepada Galaxy S22 Ultra ia pastinya idea yang baik memandangkan siri Galaxy Note sekali lagi dipercayai telah dikuburkan oleh Samsung.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami