Microsoft Surface Duo 2 Akan Menerima Sokongan Kemaskini Selama Tiga Tahun Sahaja

Diterbitkan pada Sep 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Berita baik bagi mereka yang ingin membeli Microsoft Surface Duo 2sekiranya ia dilancarkan di Malaysia kelak. Menerusi kenyataan yang diberikan kepada Android Authority, Microsoft mengesahkan telefon boleh-lipat ini akan diberikan sokongan sistem operasi dan tampalan sekuriti selama tiga tahun. Ini ialah janji yang sama seperti yang diberikan kepada Surface Duo.

Walaupun janji ini adalah baik tetapi Mcirosoft tidak begitu pantas dalam memberikan kemas kini pada peranti mereka. Contoh terbaik Surface Duo hanya akan menerima kemas kini Android 11 pada bulan Disember ini sedangkan pada waktu tersebut peranti Android 12 seperti Pixel 6 sudahpun dilancarkan. Pada waktu yang sama sokongan hanya sekadar tiga tahun ini mengecewakan sedangkan Google, Samsung, Xiaomi, Oppo, Nokia dan OnePlus memberikan sokongan selama empat tahun.

Diharapkan isu lambat memberikan kemas kini ini dapat diselesaikan segera kerana sebagai peranti mercu premium yang dijual pada harga lebih RM7000, kemas kini yang lambat tidak bole dimaafkan lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami