Cari @ Amanz

Apple gemar berahsia mengenai spesifikasi lengkap peranti keluaran mereka. Kelajuan pemproses, saiz RAM dan kapasiti bateri sentiasa dirahsiakan atas sebab-sebab tersendiri. Sebelum ini saiz RAM telah didedahkan dan hari ini saiz bateri rasmi akhirnya tekah diketahui sekaligus mengesahkan ura-ura yang didengari sebelum ini.

  1. iPhone 13 Pro Max: 4352 mAh
  2. iPhone 13 Pro: 3095 mAh
  3. iPhone 13 mini: 2406 mAh
  4. iPhone 13: 3227 mAh

Adalah menarik untuk melihat sekali perbezaan saiz bateri antara iPhone 13 dan 13 Pro dengan 13 Pro sekali lagi mempunyai bateri yang lebih kecil. Tahun lalu kapasiti bateri pada siri iPhone 12 adalah seperti di bawah.

  1. iPhone 12 Pro Max: 3,687 mAh
  2. iPhone 12 Pro: 2,815 mAh
  3. iPhone 12 mini: 2,227 mAh
  4. iPhone 12: 2,815 mAh

Saiz bateri yang lebih besar diberikan bagi menyokong rangkaian 5G dan juga sokongan skrin 120Hz ProMotion.

Sumber MacRumors

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd