Cari @ Amanz

Hari ini, Perdana Menteri telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12, dan pada masa yang sama menyentuh berkenaan dengan penawaran rangkaian 5G untuk Malaysia.

Menurut beliau, rangkaian teknologi 5G akan dilancarkan pada penghujung tahun 2021. Perkongsian ini selari dengan pengumuman kerajaan beberapa kali sebelum ini, menekankan yang mana rangkaian 5G akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini.

5G Malaysia

Disamping itu, dibawah pelan JENDELA, liputan 4G juga dijangka mencapai 100% dalam tepoh sekitar dua tahun lagi.

Pada tahun ini, kerajaan menyasarkan memperkenalkan rangkaian 5G di Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Cyberjaya.

Mengikut sasaran awal, liputan 5G disasarkan mencapai sekitar 10% di kawasan berkenaan menjelang penghujun 2021, sebelum diperluaskan ke kawasan-kawasan lain.

Kerajaan sebelum ini turut menyasarkan liputan 5G merangkumi 80% kawasan berpenduduk menjelang tahun 2024 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd