Cari @ Amanz

Apabila iPad Mini diumumkan beberapa minggu yang lalu, dengan pantas ia menjadi antara tablet idaman kerana saiznya yang kecil, pemproses yang berkuasa dan rekaan mirip iPad Pro. Tetapi kini pengguna-pengguna awal mula melaporkan isu tatalan yang tidak sekata sehingga menyebabkan separuh skrin tidak bergerak pada kelajuan yang sama.

Isu yang diberi nama tatalan jeli ini lebih ketara apabila iPad Mini digunakan pada kedudukan menegak. Antara yang melaporkannya ialah editor The Verge Dieter Bohn dalam ciapan beliau hujung minggu lalu. Bahagian kiri skrin bergerak lebih lambat dari kanan apabila tatalan dilakukan oleh pengguna.

Pada waktu ini hanya sebahagian pengguna melaporkan isu ini dan menyelesaikannya dengan mendapatkan peranti gantian di Apple Store. Tidak diketahui sama ada ini ialah isu panel LCD, perisian atau perkakasan lain yang menyambungkan skrin kepada peranti. Apple masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu yang dilaporkan pengguna.

Sumber 9to5Mac

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd