Google Dijangka Memperkenalkan Produk Baharu Pada 5 Oktober

Diterbitkan pada Sep 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google kini dijangka untuk memperkenalkan produk baharu mereka pada 5 Oktober 2021 ini. Perkara ini diketahui melalui sebuah artikel yang diterbitkan di CNET, yang kini telah dibuang.

Melalui perkongsian awal, ia dikatakan Google akan memperkenalkan produk dibawah keluarga Nest, selain turut kemaskini untuk Google Travel dan juga Google Maps pada tarikh sama.

Ia masih tidak diketahui lagi sama ada Google Pixel 6 akan turut diperkenalkan pada acara sama, atau Google menyimpan tarikh lain untuk pengumuman berkaitan Android.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengesahan rasmi daripada Google berkaitan pengumuman ini tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami