Cari @ Amanz

Facebook hari ini mengumumkan mereka menangguhkan pembangunan Instagram Kids yang diumumkan pada Mac yang lalu. Keputusan diambil bagi mengambil pendapat ibu bapa, golongan yang menghasilkan polisi, pakar dan pengawal selia yang mempunyai kebimbangan mengenai aplikasi yang ingin dibangunkan.

Walaupun ditangguh, Adam Mosseri yang merupakan ketua di Facebook percaya pembangunan aplikasi masih lagi langkah yang sewajarnya kerana pada waktu pengguna bawah 13 tahun sudahpun menggunakan aplikasi walaupun polisi Instagram tidak membenarkannya. Dengan Instagram Kids, aplikasi masih boleh digunakan tetapi dengan persekitaran yang lebih selamat dan tanpa sebarang pengiklanan.

Ciri kawalan akaun anak-kanak oleh ibu bapa akan disertakan contohnya membenarkan siapa boleh menghantar mesej peribadi dan menjadi pengikut kepada akaun. Instagram juga akan memperkenalkan ciri Take a Break yang membolehkan pengguna berehat seketika untuk tidak membazirkan terlalu banyak masa dalam aplikasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd