WhatsApp sedia memperkenalkan ciri multi-peranti dalam bentuk beta kepada sejumlah besar pengguna, membolehkan pengguna menggunakan akaun WhatsApp sama pada sehingga 4 peranti pada waktu yang sama.
Menariknya berkenaan ciri ini adalah ia turut boleh digunakan sekiranya telefon utama dengan akaun WhatsApp berkenaan berada di luar talian – atau kehabisan bateri, sekaligus memastikan anda dapat kekal berkomunikasi melalui WhatsApp.
Terbaru, bergerak kehadapan, WhatsApp dilihat turut ingin menguji kebolehan menggunakan akaun WhatsApp sama pada dua peranti mudah-alih pada waktu yang sama.
Ini sekaligus memperluaskan penawaran hari ini yang terhad kepada WhatsApp Web dan juga WhatsApp Desktop.
Dengan langkah terbaru ini, ia sekaligus memperlihatkan kemungkinan menggunakan akaun WhatsApp sama pada telefon berbeza. Namun, terdapat kemungkinan juga yang mana WhatsApp mengehadkan penggunaan multi-akaun ini kepada tablet sahaja dan bukannya ke telefon lain.
Ciri ini masih lagi sedang dibangunkan pada hari ini, dan sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan ciri multi-peranti yang serba baharu ini.