Cari @ Amanz

Nokia telah sedia mengacah acara khas pada 6 Oktober 2021 kelak, dimana beberapa peranti baru dijangka diperkenalkan. Selari dengannya, kini Nokia turut mengesahkan secara rasminya, mereka akan memperkenalkan sebuah tablet.

Mengikut info tertiris sebelum ini, tablet berkenaan dijangka dikenali dengan nama Nokia T20, hadir dengan skrin 10.36-inci dan dijana cip Unisoc.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah kelebihan berbeza yang akan dibawakan oleh tablet Nokia ini selain daripada penggunaan jenama Nokia semata-masa.

Sama-sama kita nantikan 6 Oktober ini untuk melihat penyertaan keluarga terbaru Nokia ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd