Cari @ Amanz

Huami Technology cukup terkenal dengan peranti boleh-pakai di bawah jenama Amazfit. Dalam perkembangan terkini, mereka telah berkongsi perancangan untuk muncul dengan peranti boleh-pakai terbaru dinamakan Amazfit GTR 3 dan GTS 3. Ia merupakan model kesinambungan untuk Amazfit GTR 2 dan GTS 2 yang diumumkan sekitar bulan September tahun lalu.

Dalam pada itu, Huami turut berkongsi tarikh pelancaran rasmi untuk kedua-dua produk yang dijadualkan berlangsung pada 12 Oktober 2021. Sungguhpun begitu, syarikat berkenaan masih tidak berkongsi sebarang informasi lanjut mengenainya – termasuklah reka bentuk dan spesifikasi penuh pada produk. Malah, poster yang disediakan juga tidak menunjukkan sebarang bayangan mengenainya, sebaliknya ia hanya menunjukkan penggunaan slogan “Up Your Game”.

Namun sumber menyasarkan, terdapat kebarangkalian tinggi untuk Amazfit GTR 3 dan GTS 3 menggunakan pendekatan yang sama dengan generasi sebelumnya. Di mana, kedua-duanya mungkin mempunyai persamaan untuk sejumlah aspek dalaman. Tetapi, reka bentuk fizikalnya adalah berbeza. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Weibo

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd