Skrin iPad Mini Tidak Menatal Sekata Adalah Normal Menurut Apple

Diterbitkan pada Sep 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa hari lalu kami ada melaporkan tentang satu isu dimana iPad Mini baru dilihat mempunyai masalah yang dipanggil “jelly scrolling”, iaitu isu tatalan apabila sebahagian daripada sebuah panel paparan dilihat tidak selari apabila ditatal dengan kandungan.

Isu ini secara lazimnya dilihat pada panel LCD, dan untuk peranti tablet seperti iPad, ia lebih kerap dilihat apabila digunakan dalam orientasi menegak. Apple mengatakan kepada Ars Technica bahawa fenomena jelly scrolling ini adalah perkara yang biasa dilihat pada panel LCD, tidak kira untuk peranti apa sekalipun.

Beberapa pihak menjelaskan bahawa perkara ini dilihat pada peranti iPad Mini terbaru khususnya mungkin kerana cara panel LCD dipasang pada peranti ini. Walaupun kesan jelly scrolling ini dapat dilihat dengan jelas sekali apabila digunakan dalam orientasi menegak, ia dikatakan tidak akan hadir apabila digunakan dalam orientasi melintang.

Untuk melihat samada tablet ataupun komputer riba anda yang menggunakan panel LCD mempunyai isu ini, anda boleh cuba melayari laman web Testufo yang menguji untuk isu ini dan lihat sendiri sama ada betulkah apa yang dikatakan oleh Apple.

Sumber: Ars Technica

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami