Samsung Galaxy S21 Ultra dan Galaxy S21+ Kini Boleh Menyahkunci Kereta Di Korea Selatan
Effi Saharudin
Syarikat menyewa kereta di Malaysia sudah mula membenarkan kereta dinyahkunci dan dihidupkan menggunakan aplikasi telefon pintar. Ciri ini masih belum disokong pada kenderaan peribadi kecuali jika anda tinggal di Korea Selatan dan memiliki peranti Samsung.

Ciri menggunakan Samsung Galaxy S21 Ultra dan Galaxy S21+ sebagai ganti kunci kereta akhirnya diaktifkan di Korea Selatan menerusi kemas kini perisian terkini. Pada waktu ini beberapa model kereta keluaran Audi, BMW, Ford, dan Genesis menyokong ciri ini.
Selain nyahkunci, pemilik boleh menjejak lokasi kenderaan secara realiti terimbuh kerana ciri ini juga menyokong UWB. Dengan pelancaran di Korea Selatan, ciri ini akan dikembangkan ke Eropah dan Amerika Syarikat selepas ini.
Sumber TizenHelp
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.