Carian
Microsoft Surface Laptop Studio Akan Ditawarkan Di Malaysia Kelak
September 30, 2021 Effi Saharudin

Beberapa model Microsoft Surface diumumkan beberapa hari yang lalu. Tetapi yang paling menarik perhatian kami ialah Microsoft Surface Laptop Studio yang merupakan model yang bukan sahaja paling berkuasa tetapi dengan rekaan amat unik dalam keluarga komputer riba Surface. Menarik sekali laman Nextrift melaporkan Surface Laptop Studio kini disenaraikan sebagai akan tiba ke Malaysia kelak di laman rasmi Microsoft Malaysia.

Pada waktu ini ia nampaknya akan hanya dapat dilihat dalam kategori Surface For Business. Mungkin jika ditawarkan sekalipun ia adalah untuk pelanggan perniagaan memandangkan di Amerika Syarikat satu unit komputer riba ini dijual pada harga bermula $1500 (~RM6300) sebuah.

Komputer riba ini dilengkapi skrin 14.4 inci dengan resolusi 2400 x 1600 pixel yang boleh dilaraskan ke hadapan untuk menonton video tanpa mengganggu papan kekunci atau mendatar dalam mod studio untuk digunakan bersama stylus Surface Slim Pen 2. Ini dipadankan dengan CPU Intel Core i5/i7 generasi ke-11, GPU NVIDIA GeForce RTX 3050Ti, memori DDR4 sehingga 32GB dan storan SSD sebesar 2TB yang boleh ditukar pengguna jika diingini.

Komen