(Ura-Ura) Apple iPhone 14 Max Akan Menggantikan Model Mini Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Sep 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun ini seperti tahun lalu Apple melancarkan empat model iPhone – iPhone 13 Mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Kesemuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Model iPhone 13 Mini adalah yang paling mampu milik tetapi ulasan awal mengatakan prestasi baterinya adalah mengecewakan seperti iPhone 12 Mini tahun lalu.

Kini kedengaran pula ura-ura pada tahun 2022, tiada iPhone 14 Mini sebaliknya digantikan pula dengan model iPhone 14 Max. Ini adalah menurut Jon Prosser menerusi video terkini Front Page Tech. Dari nama boleh diagak ia adalah model dengan skrin 6.7″ seperti pada model Pro Max selama ini. Dengan ini mereka yang inginkan iPhone dengan skrin lebih besar tanpa sistem kamera tambahan atau membayar menggunakan ginjal iPhone 14 Max adalah model yang terbaik.

Ini adalah kali kedua ura-ura model Mini akan digantikan dengan model Max bermula 2022. Kali pertama kamu melaporkannya adalah pada bulan Julai yang lalu menerusi maklumat Nikkei.

Sumber GSMArena

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami