(Tutorial) Cara Memasang YouTube Music Pada Jam Wear OS

Diterbitkan pada Sep 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa hari lepas, Google telah mengumumkan yang aplikasi YouTube Music untuk Wear OS tidak lagi terhad kepada Wear OS 3 yang dijalankan pada Galaxy Watch4. Ia akan ditawarkan kepada jam tangan pintar Wear OS 2 yang terpilih.

Melalui aplikasi YouTube Music ini, ia membolehkan pengguna mendengar muzik secara luar talian pada jam masing-masing. Perkara ini memudahkan mereka yang menggunakan jam ketika sedang melakukan aktiviti. Terkini, YouTube Music ini dilihat sudah boleh dimuat turun pada jam tangan pintar Wear OS kami – iaitu TicWatch Pro 3 GPS dan TicWatch E3.

Aplikasi ini muncul dalam Play Store pada jam secara automatik dan mengesannya jika ia sedia terpasang pada telefon pintar. Berikut adalah cara memuat turun aplikasi ini dan kaedah menggunakannya;

  • Pertama sekali untuk kerja yang lebih mudah pastikan aplikasi YouTube Music sedia di pasang pada telefon pintar. Jika tidak, anda boleh boleh carinya di Play Store melalui jam.
  • Tekan Install dan tunggu proses muat turun selesai.
  • Cari aplikasi ini pada pelancar dalam jam dan buka serta pilih akaun Google yang telah diselarikan pada jam.
  • YouTube Music pada jam Wear OS hanya boleh digunakan untuk tujuan luar talian dan tidak boleh digunakan untuk menstrim di atas talian, jadi pastikan ada akses Internet.
  • Muat turun muzik-muzik, album, senarai main yang ada. Di dalam tetapan anda boleh pilih untuk membenarkan aplikasi memuat turun berapa banyak muzik.
  1. Anda juga tidak boleh mainkan secara terus setiap muzik pada jam dan perlu menggunakan aksesori audio Bluetooth. Jadi tambatkan aksesori audio yang anda ada pada jam.
  2. Nikmati muzik kegemaran anda.

Jam lain yang menyokong YouTube Music adalah Fossil Gen 6 dan Michael Kors Gen 6 Bradshaw. Jam lain masih tidak pasti akan menerima sokongan ini ataupun tidak. Ini kerana kesemua jam yang boleh menggunakan YouTube Music adalah jam yang dijanjikan akan menerima Wear OS 3 pada tahun hadapan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami