Cari @ Amanz

Wear OS 3 telah pun dilancarkan dan buat masa ini hanya Galaxy Watch4 sahaja hadir dengan sistem operasi ini. Itu pun adalah Wear OS Powered by Samsung dengan antaramuka One UI dan bukannya Wear OS asli seperti pada kebanyakan jam tangan pintar lain.

Antara kelebihan Wear OS 3 ini adalah sokongan aplikasi yang lebih baik, sokongan bateri, tambatan lebih mudah dan pelbagai aplikasi pentsriman muzik boleh digunakan secara luar talian.

YouTube Music, Spotify adalah antara aplikasi penstriman yang diumumkan untuk sokongan Wear OS 3. Tetapi buat masa ini hanya Spotify sahaja boleh digunakan pada semua Wear OS 2 dan Wear OS 3. YouTube Music pula diumumkan terhad kepada Wear OS 3 sahaja, iaitu Galaxy Watch4.

Wear OS YouTube Music

Terkini akhirnya, Google mula mengedarkan YouTube Music kepada jam tangan pintar Wear OS 2 terpilih. Antaranya adalah Fossil Gen 6, Michael Kors Gen 6 Bradshaw, Mobvoi TicWatch Pro 3 GPS dan LTE serta Mobvoi TicWatch E3. Jam-jam ini juga adalah antara jam terpilih yang dijanjikan untuk menerima kemaskini Wear OS 3.

Kehadiran aplikasi ini akan diedarkan di hujung tahun ini. Jika ia sudah bersedia, pengguna setiap jam ini akan melihat kemaskini pada Play Store atau jika belum muat turun akan ada pilihan untuk pasangnya pada peranti, jam atau kedua-dua sekali.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd