Cari @ Amanz

Xiaomi Civi telah pun dilancarkan baru-baru ini. Peranti ini adalah siri baharu daripada mereka dengan tubuh nipis, kamera yang hebat, dan bersaing dengan Vivo siri S serta Oppo siri Reno.

Peranti ini juga disahkan tidak akan dijual di luar China. Tetapi mereka boleh sahaja tukar nama dan jual model lain untuk pasaran global.

Terkini melalui TENAA, sebuah peranti Xiaomi baharu dengan nombor model 2109119BC telah disenaraikan. Spesifikasi dan butiran peranti dilihat mirip dengan Xiaomi Civi, tetapi sedikit lebih berkuasa.

Pertama sekali, ia sama mempunyai skrin bersaiz 6.55-inci panel OLED. Tetapi resolusi adalah 4K, 3840 x 2160. Ia turut dijana dengan cip lapan-teras 2.4GHz mirip Snapdragon 778G, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB.

Saiz peranti juga mirip Civi dengan 158mm panjang x 71.5mm lebar dan ketebalan bawah 7mm serta berat 166g. Kapasiti bateri adalah 4400mAh, mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin dan pengimbas mata.

Kamera adalah 64+8+8 Megapiksel, sedikit berbeza dengan Civi yang menggunakan 64+8+2 Megapiksel. Kamera swafoto adalah pada skrin berlubang yang tidak didedahkan sensornya.

Mi Note 10 Pro

Peranti dikatakan mungkin akan dipasarkan sebagai model Xiaomi CC11 atau CC11 Pro, yang mana versi global adalah Mi Note. Dengan tidak lagi menggunakan nama Mi, ia mungkin adalah Xiaomi Note 11/11 Pro.

Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd