Cari @ Amanz

Sistem penghantaran mesej di antara Instagram (DM) dan Facebook Messenger mula menyokong penghantaran secara rentas platform sejak tahun lepas. Ia adalah langkah awal di mana Facebook yang cuba menggabungkan semua perkhidmatan permesejan mereka menjadi satu.

Menurut Facebook, 70% pengguna terpilih Instagram telah menggunakan sistem permesejan rentas-platform ini. Terkini, Facebook menawarkan sokongan Group Chat yang sedia ada pada Messenger kepada pengguna Instagram pula. Ia juga meneruskan sokongan rentas-platform dan pengguna boleh menggunakan mana-mana platform untuk terus berbual dengan rakan, rakan sekerja, keluarga dan lain-lain lagi.

Ciri melakukan undian (poll) juga ditawarkan pada Instagram, bersama-sama dengan kawalan tambahan untuk pengguna tetapkan siapa yang boleh masuk dalam senarai perbualan, permintaan mesej, dan Facebook turut memperkenalkan ciri Group Typing Indicators untuk melihat indikasi ahli mana dalam kumpulan sedang menaip.

Menceriakan lagi pengalaman permesejan ini, tema Cottagecore, J Balvin serta pelbagai penuras realiti terimbuh Astrologi turut ditawarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd