Oppo Akan Melancarkan Tablet Tahun 2022 – Peranti Skin Gulung dan Lipat Masih Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada Okt 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum ini kedengaran ura-ura Oppo akan melancarkan tablet mereka. Tetapi kini Liu Bo, timbalan presiden Oppo mengesahkan ura-ura ini dengan tablet akan dilancarkan pada separuh tahun pertama 2022. Setakat ini hanya Realme yang merupakan anak syarikat BBK Electronics yang mengeluarkan tablet mereka sendiri.

Turut disahkan ialah pembangunan peranti skrin boleh-lipat dan boleh-gulung masih diteruskan oleh Oppo. Peranti boleh-gulung Find 2021 yang diperlihatkan tahun lalu masih sekadar prototaip dengan kami sendiri melihat ia mempunyai beberapa isu yang membuatkan ia belum sesuai untuk dipasarkan kepada umum. Konsep peranti boleh-lipat Oppo X Nendo juga telah diperlihatkan dengan peranti boleh dilipat lapan kali.

Tahun 2021 ialah tahun yang penting buat Oppo kerana mereka telah kembali bergabung dengan OnePlus. Sebuah sistem operasi gabungan antara OxygenOS dan ColorOS pula akan diperkenalkan tahun hadapan. Mereka kini antara lima syarikat pengeluar telefon pintar terbesar dunia bagi mengisi vakum yang ditinggalkan oleh Huawei.

Sumber Sina

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami