Samsung Galaxy M22 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM779

Diterbitkan pada Okt 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy M22 telah dilancarkan pada 14 September yang lalu sebagai peranti kelas pertengahan dengan sistem kuad kamera. Bagi pengguna di Malaysia yang ingin membelinya, Samsung Malaysia telah melancarkan Samsung Galaxy M22 hari ini dengan jualan dibuka 5 Oktober pada harga RM899 sebuah.

Peranti dilengkapi skrin 6.4″ SAMOLED HD+ dengan sokongan kadar segar semula 90Hz dikekalkan, dijana cip Mediatek Helio G80, memori 6GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 5000 mAh. Peranti boleh dicas semula dengan pantas menggunakan pengecas 25W tetapi hanya pengecas 15W disertakan dalam kotak.

Kamera utama menggabungkan sensor 48MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro) bersama dengan kamera swafoto sebesar 13MP. Peranti juga mempunyai bicu audio 3.5mm dan speaker mono. Ciri lain yang menarik ialah pengimbas cap jari sisi yang terbina pada butang kuasa.

Sempena pelancaran peranti di Malaysia, Samsung Galaxy M22 akan ditawarkan pada harga promosi RM779 sebuah sekiranya pembelian dilakukan menerusi Shopee di antara 3-10 Oktober ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami