Infinix Malaysia Mengacah Pengenalan Peranti Baharu Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Okt 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi yg mungkin tertanya-tanya, Infinix merupakan jenama yang berpangkalan di Hong Kong. Hari demi hari, jenama ini memperlihatkan perkembangan yang baik di pasaran tempatan dengan mengetengahkan peranti yang dijual pada tanda harga yang mampu-milik.

Dalam perkembangan terkini, Infinix Malaysia sekali lagi dilihat mengacah kehadiran produk baharu tidak lama lagi. Satu entri telah dimuat naik oleh Infinix Malaysia di laman Facebook rasminya yang memperlihatkan gambar acah dengan rekaan berbentuk peranti bersama latar belakang bulan dan bumi. Pada sama sama, terdapat juga slogan “Something Beyond The Extraordinary” bersama-sama dengannya.

Melihat di ruangan kapsyen pula, Infinix turut menyertakan ayat ”shoot for the moon” – yang menunjukkan peranti ini besar kemungkinan akan dilengkapi kebolehan zum yang baik. Pada masa sama, mod malam lebih baik bersama tangkapan gambar bulan. Tapi sayangnya, Infinix tidak berkongsi lebih lanjut mengenai model peranti yang dimaksudkan.

Siri Infinix Zero X

Ada kemungkinan besar ia adalah siri Infinix Zero X yang dilancarkan, tempoh hari. Tambahan pula, kesemua peranti di bawah siri berkenaan dibekalkan kamera dengan mod Super Moon. Bagaimanapun, mesra diingatkan ia masih diperingkat spekulasi awal semata-mata.

Apa pun, sama ada benar atau tidak, sama-sama kita nantikan 14 Oktober ini bagi menjawab persoalan ini. Kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut.

Sumber : Infinix Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami