Kalau perasan Oppo sebelum ini pernah melancarkan Oppo A55 5G di China yang dijana oleh cip MediaTek Dimensity 700. Sekaligus, ia menjadi sebuah lagi peranti 5G mampu milik di negara berkenaan. Di samping itu, terdapat juga beberapa ciri lain yang menyokong seperti bater 5,000mAh, kamera utama 13MP dan sebagainya.

Dalam perkembangan terkini, model Oppo A55 4G pula dilancarkan di India. Ia dilihat mempunyai beberapa perbezaan penawaran sama ada dari dari segi ciri-ciri fizikal mahupun spesifikasi. Terdapat dua pilihan warna yang disediakan seperti Staryy Black dan Rainbow Blue. Harga jualannya di India bermula INR15,490 (~RM872).
Untuk spesifikasi khusus, Oppo A55 4G dilengkapi skrin bersaiz 6.51-inci beresolusi HD+ dengan kadar segar semula standard 60Hz. Ia kemudiannya dilengkapi cip MediaTek Helio G35, memori sehingga 6GB. storan dalaman sehingga 128GB dan bateri 5000mAh.

Sistem tri-kamera digunakan dengan tetapan 50MP (utama) + 2MP (makro) + 2MP (mono). Sementara itu, kamera hadapan pula adalah sebesar 16MP. Lain-lain ciri adalah pengimbas cap jari sisi, fungsi imbasan wajah, menjalankan ColorOS 11.1 berasaskan Android 11, bluetooth 5.0 dan sebagainya.
Sumber : Oppo India