iQOO Z5x Mungkin Menggunakan MediaTek Dimensity 900, Pengecasan Pantas 44W

Diterbitkan pada Okt 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

iQOO Z5 baru sahaja dilancarkan tempoh hari dengan janaan cip Snapdragon 778G. Dalam perkembangan terkini, timbul pula desas-desus baharu yang mengatakan jenama ini dalam perancangan untuk pengenalan model baru yang lebih berpatutan dinamakan sebagai iQOO Z5x. Ia juga telah ditemui tersenarai di kedai atas talian di China, JD.Com yang mana pelancaran untuknya dijadualkan sekitar bulan ini.

Tapi sayang, penyenaraian tidak mendedahkan sebarang informasi mengenai spesifikasi peranti. Bagaimanapun, terdapat sumber mendakwa peranti berkenaan akan dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 900. Ini merupakan cip yang sama digunakan pada Oppo Reno6 5G sebelum ini. Pada masa sama, ia juga dikatakan hadir dengan sokongan pengecasan pantas 44W. Tetapi, masih tiada sebarang maklumat lanjut mengenai saiz bateri pada peranti.

iQOO Z5x juga mungkin dilengkapi skrin Super AMOLED berlubang pada bahagian hadapan berukuran 6.57-inci beresolusi FHD+ (1080 x 2460 piksel). Ia juga dikhabarkan hadir dengan memori 8GB RAM dan menjalankan Android 11. Maklumat mengenai tarikh pelancarannya juga masih menjadi misteri setakat ini.

Sumber : Gizmochina

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami