Cari @ Amanz

Rekod manusia tertua ke angkasa lepas kini dipegang oleh Wally Funk (82) selepas beliau terbang bersama roket Blue Origin pada bulan Jun yang lalu. Rekod beliau kini akan dipintas pula oleh William Shatner, pelakon yang terkenal dengan watak ikonik Captain James T Kirk dari siri Star Trek.

William Shatner yang kini berusia 90 tahun akan menjadi salah seorang penumpang dalam misi NS-18 Blue Origin yang dijadualkan berlepas pada 12 Oktober kelak. Tiga lagi penumpang akan menyertai beliau dalam misi kedua Blue Origin membawa krew manusia ke permulaan angkasa lepas. Seperti misi sebelum ini, kesemua krew tidak akan layak menerima sayap angkasawan kerana kapsul dikawal sepenuhnya oleh pusat kawalan misi dengan kesemua krew hanya menjadi penumpang yang pasif.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd