Era baharu Microsoft bermula pagi ini dengan Windows 11 akhirnya boleh dimuat turun pada komputer peribadi yang melepasi spesifikasi minimanya. Untuk permulaan, Windows 11 akan ditawarkan sebagai kemas kini percuma untuk komputer Windows 10 yang baharu dibeli, yang hadir dengan Windows 11 yang telah dipra-muatkan.
Selepas itu, Microsoft akan mula memperkenalkan kemas kini ini secara berperingkat dalam bulan-bulan akan datang, dan menyasarkan semua peranti yang menyokongnya, menerima Windows 11 menjelang pertengahan 2022 kelak.Bagi pengguna Windows 10 sedia ada, sekiranya peranti anda menyokongnya, anda akan menerima notifikasi melalui Windows Update apabila kemas kini tersedia untuk anda.
Windows 11 ialah sebuah lagi anjakan paradigma sistem operasi Microsoft yang sudah berusia 38 tahun. Selain rekaan yang lebih minimalis, taskbar yang disusun semula dan tumpuan yang lebih diberikan kepada sekuriti serta privasi. Ia juga kelak akan dapat menjalankan aplikasi Android terus dari dalam sistem operasi menerusi gedungnya yang tersendiri pada tahun 2022.