Cari @ Amanz

Android 12 harini telah mencapai fasa stabil. Tetapi tiada peranti yang boleh menggunakannya, kerana semua pengeluar masih dalam fasa ujian untuk peranti mereka. Termasuk Pixel yang hanya menerima kemaskini tampalan sekuriti Oktober sahaja.

Android 12 stabil ini hanya dimuat naik di laman AOSP untuk semua pembangun dan pengeluar peranti gunakannya untuk peranti mereka atau untuk custom ROM.

Sejak Android 10, Google tidak lagi menggunakan nama pencuci mulut sebagai nama rasmi dan hanya menggunakan nombor agar adil bagi semua pengguna di seluruh dunia. Tetapi nama pencuci mulut masih digunakan untuk rujukan dalaman dan Android 12 atau Android S adalah Android Snow Cone.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd