Cari @ Amanz

Android 12 telah mencapai tahap stabil dan menanti untuk diberikan kepada peranti yang layak menerimanya dalam masa terdekat. Serentak dengan itu, Oppo telah mengesahkan acara pelancaran ColorOS 12 versi global akan diadakan pada 11 Oktober. Sistem operasi ini adalah berasaskan Android 12 dengan pelbagai penambahbaikan kepada sistem sedia ada.

Pada versi China yang dilancarkan pada 16 September lalu, ColorOS 12 menunjukkan ciri antaramuka yang semakin minimalis, sokongan rentas platform pada komputer Windows, peningkatan tahap privasi, dan animasi yang lebih lancar. Yang menjadi tanda tanya sekarang ialah dengan ColorOS dan OxygenOS akan disatukan bermula tahun 2022, apakah ciri dari Oppo dan OnePlus akan dikekalkan pada sistem operasi bersepadu ini kelak? Jawapannya mungkin akan diketahui pada 11 Oktober ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd