Carian
Facebook, Instagram Dan WhatsApp Tergendala Akibat Kesilapan Tetapan Penghala
October 5, 2021 Effi Saharudin

Selama lebih enam jam perkhidmatan Facebook, Instagram dan WhatsApp telah tergendala di peringkat global. Bagi pengguna di benua Asia ia mungkin tidak meninggalkan impak yang besar kerana ia berlaku lewat malam tetapi di benua lain ia menyebabkan perniagaan tidak beroperasi di Afrika, Eropah dan Amerika. Perkhidmatan telah kembali semula beberapa jam yang lalu dan kini sebab mengapa perkhidmatan tergendala telah diketahui.

Internet

Menurut Facebook, perubahan yang dilakukan pada tetapan penghala-penghala tunjang (backbone routers) yang mengawal rangkaian trafik antara pusat-pusat data menyebabkan kesemua perkhidmatan mereka lumpuh. Ini bukan sahaja menyebabkan laman-laman tidak beroperasi tetapi juga sistem diagnostik yang digunakan oleh pasukan kejuruteraan rangkaian Facebook. Dengan kesemua sistem dalaman tidak beroperasi, masa yang lama diambil untuk mengembalikan perkhidmatan seperti sedia kala.

Facebook turut mengatakan sepanjang tempoh operasi tergendala, keselamatan data pengguna tidak terjejas. Mereka memohon maaf atas sebarang kesukaan yang berlaku khususnya kepada yang menggunakan platform mereka untuk urusan perniagaan. Mereka berjanji untuk mempelajari dari kesilapan ini bagi menjadikan infrastruktur mereka lebih tahan lasak di masa hadapan.

Komen