Sistem pengecasan terpantas pada telefon pintar sekarang ialah Xiaomi 11T Pro. Dalam masa 17 minit bateri peranti boleh dicas sepenuhnya dari sifar. Sudah menjadi idaman pengguna kereta elektrik supaya kenderaan mereka boleh dicas sepantas ini. Menggunakan palam di rumah secara purata kereta memerlukan sehingga lapan jam sebelum bateri penuh.

Terra 360 ialah sistem pengecas kereta yang dibangunkan oleh ABB dari Jerman yang mampu mengecas semula bateri kereta elektrk dalam masa hanya 15 minit. Pengecasan selama 3 minit sahaja sudah mampu menambah jarak pergerakan kenderaan sehingga 100 kilometer. Ini dilakukan kerana ia menyokong pengecasan sehingga 360 kW.
Setiap stesen pengecasan Terra 360 boleh dilengkapi sehingga empat kepala pengecas. Sekiranya keempat-empat digunakan serentak, setiap kabel pengecas sepanjang 5 meter mengecas pada output maksimum 90KW. Rekaan pengecas adalah milik pam minyak sedia ada bagi memudahkan pengguna membiasakan diri.